Info Syarikat

PENGENALAN
Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berkaitan pelancongan yang didaftarkan pada permulaannya atas nama Naaimah Travel & Tours Sdn Bhd pada 09 hb November 1999, seterusnya ditukar nama kepada LABBAIK TRAVEL & TOURS SDN. BHD pada 7 hb April 2010.

Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd telah diambil alih pengurusan pada November 2017 dengan diketuai oleh Ustaz Muhidin Mokter sebagai Pengarah Urusan dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai Pengarah Eksekutif yang juga merupakan pemegang saham syarikat Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd.

Pengurusan baru Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd telah memindahkan operasi syarikat dari pejabat asal di Lot 4, Tingkat 4, Kompleks Niaga Bangunan Tabung Haji, Jalan Dato Pati 15150 Kota Bharu Kelantan ke premis perniagaan yang baru di No 2-2 (Tingkat 2) Jalan 1/76C Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur.

Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd telah diambil alih pengurusan pada Mei 2024 dengan diketuai oleh Ustaz Umar Bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi Eksekutif/Mutawwif dan Ustaz Muhammad Yasin Bin Yunaris sebagai Pengarah Urusan dan Puan Aishah Binti Mohd Khalid sebagai Pengarah Operasi yang juga merupakan pemegang saham syarikat Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd.


Pengurusan baru Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd telah memindahkan operasi syarikat dari pejabat asal di No 2-2 (Tingkat 2) Jalan 1/76C Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur ke permis perniagaan yang baru No.9 , Tingkat 2 Jalan Belangkas Off Jalan Kg Pandan , Taman Maluri 55100 , Kuala Lumpur

Pengurusan baru Labbaik Travel & Tours Sdn. Bhd menfokuskan kepada pakej pengurusan umrah di samping menawarkan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar negara. Untuk memastikan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan pengurusan jamaah umrah yang cemerlang, Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat pengendali umrah terunggal di Malaysia, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

MISI DAN VISI LABBAIK TRAVEL & TOURS SDN BHD Melancarkan urusan perkhidmatan pengembaraan ke seluruh dunia yang meliputi pengangkutan, penginapan yang selamat dan selesa, serta makanan yang halal.
Memenuhi kehendak pelanggan dengan pakej yang pelbagai dan harga ‘mampu bayar.

Menyediakan ‘perkhidmatan berkembar’ [kembara dan ilmu] untuk memenuhi pengembaraan ilmiah.
Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd