LABBAIK TRAVEL SDN BHD
Soalan-soalan Lazim
Kumpulan soalan-soalan biasa yang ditanya oleh para jemaah Malaysia sebelum berlepas ke tanah suci Mekah & Madinah. Semoga bermanfaat.
Berapakah bayaran deposit dan Document yang diperlukan bagi melakukan ibadah umrah sekarang?
PERSOALAN KADAR BAYARAN DEPOSIT
- Di Labbaik setiap jemaah hanya perlu membayar RM300 sahaja seorang untuk deposit pakej umrah pilihan.
PERSOALAN DOCUMENT YANG DIPERLUKAN IBADAH UMRAH
- Jemaah hanya perlu menyediakan PASSPORT yang masih belum tamat tempoh dan sah sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Jemaah perlu melengkapkan status vaksinasi Umrah seperti “covid 19, meningokokal, pneumokokal” dan lain-lain.
- 4 keping gambar berlatar belakang putih setiap jemaah. (Jemaah lelaki TIDAK MEMAKAI SONGKOK/KOPIAH, Jemaah wanita PERLU MEMAKAI TUDUNG GELAP).
Berapa lamakah pakej Umrah bersama labbaik?
Di Labbaik Travel & Tours, terdapat 2 jenis Pakej Umrah yang kita ada iaitu Pakej 12 Hari 10 Malam dan Pakej 13 Hari 11 Malam.
Apakah jenis penerbangan yang diguna pakai oleh syarikat Labbaik Travel untuk membawa jemaah melakukan umrah?
Di Labbaik kami menyediakan 2 jenis pilihan penerbangan sama ada jemaah memilih untuk menggunakan penerbangan terus atau penerbangan transit.
- Penerbangan Transit – G9 (AirArabia)
- Penerbangan Terus – MH & SV (Malaysia Airlines & Saudi Airlines)
Pakej apakah yang yang ditawarkan untuk pilihan melakukan Umrah oleh Labbaik?
Labbaik Travel menyediakan pakej seperti berikut:-
PAKEJ PREMIUM
- Makkah = ±50M @ setaraf
- Madinah = ±80M @ setaraf
- Termasuk Tiket Haramain Speed Train
PAKEJ JARAK DEKAT
- Makkah = ±50M @ setaraf
- Madinah = ±180M @ setaraf
PAKEJ SEDERHANA
- Makkah = ±350M – 450M @ setaraf
- Madinah = ±180M @ setaraf
Apakah syarat/ tindakan yang perlu Jemaah ambil jika ingin pergi menunaikan umrah pada tahun ini?
- Jemaah perlu memastikan lengkap vaksin mengikut umur dan jenis vaksin yang diterima sebelum membuat pendaftaran.
- Jemaah perlu menyediakan dokumen lengkap.
- Jemaah perlu memastikan faham polisi pendaftaran dan keseluruhan pakej yang ditawarkan sebelum pendaftaran.
- Jemaah perlu menghadirkan diri kursus umrah bagi mendapatkan ilmu sebagai persediaan melaksanakan ibadah umrah.
- Jemaah perlu membawa telefon pintar yang terkini.
- Jemaah perlu memastikan kesihatan diri (mental dan fizikal) dalam keadaan baik sehinggalah tarikh penerbanagan.
Berapakah had umur yang diperuntukan untuk melakukan Umrah?
Tiada had umur yang dikenakan
Dimanakah tempat-tempat bermiqat Umrah?
1. Yalamlam
Lokasi ini untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia lain. Pada satu ketika dahulu, jemaah Malaysia yang menunaikan haji atau umrah menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui lokasi ini.
2. Bir Ali atau Zul Hulaifah
Lokasi miqat ini terletak kira-kira 12 km dari Madinah atau kira-kira 450 km dari Mekah. Ia merupakan lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.
3. Al-Juhfah
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
4. Zatu Irqin
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.
5. Qarnul Manazil
Bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia dan Asia
Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.
Bagi jemaah yang berada di Mekah dan telah selesai melaksanakan ibadah umrah pertama atau penduduk yang bermukim di Mekah yang ingin menunaikan umrah, mereka perlu keluar ke Tanah Halal berhampiran untuk berniat ihram jika ingin mengerjakan umrah selanjutnya, sebaik-baiknya di Ja’ranah, Tan’aim atau Hudaibiyah
1. Tan’im
Terletak berdekatan Mekah, ia merupakan lokasi bermiqat isteri Rasulullah SAW iaitu Saidatina Aisyah.
2. Ji’ranah
Lokasi bermiqat Rasulullah saw, lebih afdal berihram di sini.
3. Hudaibiyah
Lokasi Nabi dihalang memasuki Mekah untuk menunaikan umrah pada tahun ke-6 Hijrah. Di sinilah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dan orang Quraisy Mekah.
Apakah saguhati yang akan diberikan selepas mendaftar bersama Labbaik?
Apakah barangan yang diperlukan untuk melakukan Umrah?
Bila kursus umrah akan bermula ?
Sejak dari sebelum sempadan belum dibuka kami sudah membuat kursus umrah
secara fizikal di Ibu Pejabat Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd. Jadual dan poster kursus umrah ini akan dikemaskini dari masa ke masa kepada semua Jemaah yang telah berdaftar dengan Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd.
Apakah kegunaan aplikasi NUSUK bagi kegunaan jemaah di Tanah Haram?
Aplikasi NUSUK ini digunakan bagi memudahkan jemaah untuk memasuki ruangan Raudah apabila para jemaah berada di Madinah.
Bolehkah jemaah mendapatkan tentative perjalanan Umrah?
Para jemaah akan disertakan tentaif Umrah selepas sahaja melakukan pendaftaran Umrah. Walaubagaimanapun, para jemaah juga sering dinasihatkan tentative akan berubah mengikut kesesuaian aktiviti dan cuaca ketika disana.
Bagi Jemaah yang tiada pengalaman adakah ada dibimbing untuk ibadah umrah? berapa kali kah ibadah umrah bimbingan mutawwif?
Ya. Para jemaah semua akan dibantu dan dibimbing melaksanakan Umrah bersama Mutawwif yang berpengalaman sebanyak 3X umrah.
Apakah yang termasuk sekiranya berdaftar pakej bersama Labbaik?
- Tiket penerbangan
- Visa Umrah
- Makan minum (Sarapan, Tengah Hari, Malam)
- Bimbingan Umrah 3X bersama Mutawwif berpengalaman
- Penginapan
- Set bagasi
Apakah perbezaan antara Visa Umrah & Visa Pelancong?
Masih belum dapat maklumat yang anda cari? Klik di sini untuk baca lebih banyak soalan lazim.
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © LABBAIK TRAVEL SDN BHD. All right reserved.